#UPSR 2014~Peperiksaan Ulangan Semula Mengarut -Presiden KPPK

0 comments
SHAH ALAM - Mengarut dan tidak munasabah!

Itu pendapat Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Hashim Adnan apabila dua lagi kertas peperiksaan UPSR disahkan perlu diulang semula selepas didapati bocor.

Semalam, Lembaga Peperiksaan mengesahkan kertas ujian Matematik dan Bahasa Tamil bocor dan 9 Oktober dipilih sebagai tarikh baharu untuk pelajar menduduki semula kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

“Kenapa selepas 10 hari peperiksaan dijalankan, baru hari ini (semalam) Lembaga Peperiksaan umumkan pembatalan kedua-dua ujian berkenaan?

“Apa yang dibuat seolah-olah menganiaya murid-murid termasuk ibu bapa dan guru sekolah,” katanya.

Katanya, pengulangan peperiksaan hanya membebankan dan menambah tekanan kepada murid.

“Mereka (murid dan ibu bapa) baru pulih daripada tekanan kerana perlu mengambil semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains. Kini terpaksa mengharungi cerita baru, ulang semula ujian Bahasa Tamil dan Matematik,” katanya.

Walaupun akur dengan keputusan tersebut, Hashim tetap mahu Lembaga Peperiksaan menjelaskan perkara sebenar mengapa kedua-dua mata pelajaran itu perlu diulang apatah lagi selepas 10 hari murid menduduki ujian itu.

Beliau mempersoalkan sama ada kertas peperiksaan yang bocor itu dapat diakses kebanyakan murid sehingga menyebabkan ia perlu diulang semula.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Datuk Mohamed Sabri Mohd Arsad berkata, pengambilan semula dua kertas itu dirasakan perlu kerana ia lebih adil untuk semua murid.

“Bagaimanapun bagi memastikan kebolehan dan kredibiliti murid, semua kertas peperiksaan termasuk Bahasa Melayu (yang tidak dilaporkan bocor) perlu diulang semula.

“Soal emosi (murid) kita serahkan kepada kebijaksanaan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk mengurus dan memotivasikan murid,” katanya.

Mohamed Sabri juga tidak menolak insiden yang berlaku ini adalah yang terburuk dalam sejarah peperiksaan peringkat sekolah rendah.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SENSASI~Rakyat Kedah 10 Tahun Hidup Bergelap, Tak Mampu Bayar Kos Pasang Bekalan Elektrik!

0 comments
Nor Azizan Ismail bersama keluarganya memerlukan bantuan bagi membiayai bekalan elektrik dan air di rumah mereka.

KUALA NERANG - Sebuah keluarga di Kampung Baru, Mukim Tualak, dekat sini tinggal dalam keadaan bergelap dan menggunakan pelita hampir 10 tahun berikutan tidak mampu
membiayai perbelanjaan memasang bekalan elektrik serta air di rumah mereka.

Nor Azizan Ismail, 33, berkata, dia tinggal bersama isterinya, Anisah Rafzan, 39, dan tiga anak mereka yang berusia antara 13 hari hingga 12 tahun.

Menurutnya, dia hanya berniaga sayur-sayuran kampung secara kecil-kecilan di pasar Jitra dengan pendapatan sebanyak RM700 sebulan.

"Di dalam rumah seluas tiga meter lebar dan empat meter panjang inilah kami dapat berteduh tanpa bilik bagi menjalani kehidupan seharian.

"Setiap malam kami hanya guna pelita saja dan sudah pasti timbulkan masalah terutamanya buat anak saya, Mohd Irfan dan Fatimah Azzara yang mahu membaca buku. Malah, saya juga kasihan dengan anak kecil saya yang baru lahir," katanya yang turut bercucuk tanam bagi menambah pendapatan keluarganya itu.

Nor Azizan berkata, bagi memberi keselesaan kepada isteri dan anaknya itu, dia terpaksa menghantar mereka ke rumah ibunya di Kampung Bendang Raja sehingga isterinya itu sihat.

"Keluarga kami memerlukan kos sebanyak RM3,000 bagi memasang elektrik dan air untuk kegunaan di rumah ini. Sebelum ini pihak Felcra turut datang bagi membina rumah kami yang roboh kerana dimakan anai-anai.

“Saya dan isteri dah buat maca-macam kerja tapi masih tak mampu untuk menyimpannya kerana turut membiayai perbelanjaan sekolah anak,” katanya.

Sementara itu, Anisah berkata, memang dia tidak selesa dengan keadaan rumahnya yang kecil dan tidak mempunyai bilik untuk tidur serta menukar pakaian.
"Di situlah tempat kami berehat dan di situ jugalah tempat kami memasak dan tidur sekeluarga. Memang saya malu kerana rumah kami tak ada bilik seperti rumah orang lain tetapi apakan daya pendapatan suami yang terhad menghalang untuk kami membinanya.

"Saya berharap ada pihak simpati dan dapat membantu kami bagi membiayai pemasangan elektrik serta air untuk kemudahan kami sekeluarga,” katanya.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya di akaun Bank Simpanan Nasional 02113-29-00002258-1.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#MEMALUKAN~3 Gambar Wanita Berpurdah Buat Adegan Panas Di Tempat Awam!!!

0 comments
Sungguh memalukan perbuatan mereka ini.

Adegan yang menjijikkan ini dikatakan dirakam secara curi di tepi sungai Kelantan.

Pasangan ini tidak dipastikan sama ada sudah berkahwin atau belum.

Namun, aksi sebegini tidak sepatutnya berlaku di tempat awam, apatah lagi jika berpurdah itu melambangkan sesorang yg tinggi ilmu agamanya, perlukah buat adegan cium di tempat awam mcm ni?

Dalam situasi sebegini siapa nak dipersalahkan?

Adakah salah didikan agama atau salah ibu mengandung?

Jadi kesimpulannya sesuatu yang tak elok itu bergantung pada diri sendiri.Bertudung atau berfurdah tidak semestinya tidak melakukan benda yang dilarang Agama namun amatlah memalukan dan menjatuhkan imej Agama seandainya gambar sebegini di ambil kira. tepuk dada tanya iman.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#UNIK~Hotel Capsule Pertama Di Malaysia Tarikan Ke Sungai Lembing

0 comments
Hotel Capsule pertama di Malaysia yang terdapat di Sungai Lembing,Pahang menjadi tarikan baru kepada pelancong ke negeri Pahang.

Jom kita lihat keunikan rekabentuk dan suasana dalaman hotel Capsule ini.
Anda berminat untuk menginap di hotel ini boleh dapatkan maklumat seperti dibawah:

Website: http://www.timecapsule.asia
FB: http://www.facebook.com/timecapsuleretreat
Instagram: @timecapsuleretreat
Email: timecapsuleretreat@gmail.com
Contact Number: 013 963 8888

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#INFO HERBA~Khasiat Daun Pandan

0 comments
Khasiat Daun Pandan

1. Menurunkan darah tinggi

Rebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira-kira setengah gelas
sahaja. Minum airnya.

2. Matikan kuman dalam darah

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

3. Melembutkan Daging

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

4. Melicinkan kulit

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

5. Mengecutkan rahim

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari

P/s : Selamat mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SENSASI~Ahli PAS Dilarang Sertai Kumpulan Jihad Bertentangan Islam

0 comments
BATU PAHAT: Ahli PAS dilarang menyertai mana-mana kumpulan pengganas yang berjuang atas nama jihad tanpa berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, tegas Presiden PAS, tegas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi, PAS tidak mahu dan tidak akan membenarkan ahlinya terlibat dengan mana-mana kumpulan yang bertindak ganas melangkaui fiqh-jihad, malah bercanggah dengan etika berperang dalam Islam," katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini, Khamis.

Baru-baru ini bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lotfi Ariffin menjadi rakyat Malaysia ketiga yang dilaporkan terkorban di ketika berjuang di Syria.

Mohd Lotfi,46, dari Kuala Ketil, Kedah juga merupakan bekas Exco Pemuda PAS Kedah.

Malah Mohd Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka telah memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria di media sosial.

Pada Jun lalu, PAS Pusat mengesahkan telah memecat Lotfi selepas mendapat maklumat terlibat dengan gerakan jihad di Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

Bagaimanapun pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat pada Rabu, sayap PAS itu memberi penghormatan kepada Mohd Lotfi dengan membaca al-Fatihah kepadanya yang disifatkan 'syahid' ketika berjuang di Syria.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SENSASI~Kenyataan Akhbar Dari Istana Selangor Berkaitan Isu MB Selangor

0 comments

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »

#SYAHID~Dewan Ulama PAS Beri Penghormatan Kepada Mohd Lotfi

0 comments
KULAI JAYA: Dewan Ulama PAS Pusat memberi penghormatan kepada bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mohd Lofti Ariffin yang terkorban di Syria dalam serangan oleh tentera negara tersebut baru-baru ini.

Perwakilan Perak, Norazli Musa ketika menutup ucapan perbahasannya meminta perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 supaya membaca al-Fatihah kepada Mohd Lotfi yang disifatkannya 'syahid' ketika berjuang di Syria.

"Syahid Lotfi gugur di bumi Syria...al-Fatihah," katanya.

Mohd Lofti,46, dari Kuala Ketil, Kedah mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika pengeboman dilancarkan di pusat militan di Timur Hama.

Berikutan kecederaan itu, Mohd Lofti yang berjuang untuk pergerakan Ajnad As Syam dihantar ke hospital di Hatay, Turki.

Jenazah Mohd Lotfi dikebumikan di Turki.

Mohd Lotfi yang juga merupakan bekas Exco Pemuda Pas Kedah adalah rakyat Malaysia ketiga terkorban di Syria.

Selain Mohd Lotfi, dua lagi rakyat Malaysia yang terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob serta Ahmad Tarmimi Maliki, 26, yang terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.

Sebelum ini The Star melaporkan Mohd Lofti, sedang menjalani misi berani mati di Syria, namun di laman Facebooknya mendakwa dia bukan pasukan Negara Islam atau anggota Levant (Isil).

Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.

Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.[mStar]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

Read More »