CONTEST: Blog Sensasi mencari pengomen terbanyak.


Salam,

Kami di Blog Sensasi ingin mengumumkan kepada anda semua pengunjung blog kami bahawa mulai 25 September 2010 hingga 31 Disember 2010 ,kami akan mengadakan satu 'Contest' kepada anda.

Tujuan 'contest ' ini diadakan untuk menguji 'ranking' dan 'traffic' ke Blog Sensasi yang masih baru dalam dunia blogging ini.Oleh itu sokongan anda semua amat kami hargai untuk menyertai 'contest' ini.

'Contest' ini terbuka kepada semua pengunjung Blog Sensasi yang mempunyai blog sendiri tidak kira apa jua jenis blog umpama blog peribadi,perniagaan,politik,hiburan,tutorial dan sebagainya(maaf untuk blog yang memaparkan 50% porno keatas).

Cara untuk menyertai 'contest' ini amat mudah.Para pengunjung hanya perlu membuat komen kepada artikel-artikel yang kami paparkan setiap hari di blog kami dan anda juga WAJIB membuat link Blog Sensasi kepada blog anda.Itu saja.

Jumlah komen anda akan direkodkan melalui menu 'Top Commentators' kami.

Dalam tempoh 'contest' anda dilarang mengeluarkan 'link' blog kami dari blog anda.Kami akan sentiasa menjelajah blog anda sekiranya kedudukan blog anda berada diranking 1 -10 'Top Commentators' kami.Sekiranya tiada link tersebut secara otomatik kami akan rekodkan anda sebagai tidak layak memenangi hadiah sekiranya anda menjadi pemenang selepas 'contest' ini tamat.

Hadiah:

Jumlah komen paling banyak - RM 100

Komen ke-2 terbanyak - RM 50

Komen ke-3 terbanyak - RM 20

Kami juga akan menyediakan satu hadiah misteri kepada sesiapa yg kami fikirkan layak bergantung kepada komen paling kreatif dan membina untuk tatapan pengunjung blog kami.

Segala keputusan adalah muktamad.Semua rayuan tidak akan dilayan.

Kami berhak mengubah peraturan dari masa ke semasa sekiranya dirasakan perlu.

Sekiranya ada pihak penaja yang sudi untuk menyalurkan sumbangan hadiah pihak kami amat mengalu-alukan.Kami akan sediakan link website anda di blog kami.

Selamat mencuba.

Admin
Blog Sensasi

p/s:Sebagai alternatif anda boleh gunakan banner dibawah untuk diletakkan di blog anda.



p/s:Untuk memenangi hadiah setiap pemenang perlu membuat 100 komen dan keatas.

Setiap pemenang hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.

Tertakluk kepada terma dan syarat*

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner


89 comments: