KEMUSYKILAN AGAMA: Hukum Menghisap Zakar Suami


Soalan:

Apakah hukum isteri menghisap zakar suami samada isteri dalam haid ataupun tidak.


Jawapan:

Tiada hukum khusus dalam memperkatakan hal ini. Imam Malik berpendapat tiada salahnya jika dengan berbuat begitu dapat memuaskan nafsu suami. Ini kerana pada pendapat beliau tujuan bersetubuh itu adalah untuk memuaskan nafsu secara halal. Walaupun begitu dari segi akhlaknya, agak tidak kena kerana disamping menjadi alat kelamin, zakar juga adalah tempat keluar najis yang menjijikkan. Sedangkan mulut adalah salah satu bahagian suci yang perlu dijaga kebersihannya. Memasukkan sesuatu yang jijik kedalam sesuatu yang suci secara langsung mencemar kesucian tersebut. Tambahan lagi sekiranya yang jijik itu kepunyaan orang lain. Ini tidak bertepatan dengan konsep toharah dalam Islam. Sebagai suami, perlulah ada rasa timbangrasa dan kepekaan dalam menjaga maruah isteri. Banyak perlakuan seks yang secara langsung dan tidak langsung menjatuhkan maruah isteri seolah-olah mereka hanyalah seperti satu alat. Perlakuan seks yang kebanyakannya berasal dari barat tidaklah bertepatan dengan adat dan budaya kita. Jauhilah sebolehnya supaya keharmonian rumahtangga dapat dijaga dengan baik.


Rujukan:http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankemusykilanagama.htm

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner


14 comments: