Sabtu, 25 Disember 2010

BSN Tawar Hadiah RM13 Juta Untuk Penyimpanan Sijil Simpanan Premium

MELAKA: Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah bernilai kira-kira RM13 juta untuk dimenangi oleh penyimpan Sijil Simpanan Premium (SSP) tahun depan.

Naib Presiden Kanan dan Ketua Perbankan Cawangan BSN Azaddin Ngah Tasir berkata sejumlah 3,000 hadiah disediakan bagi Cabutan Bulanan SSP, termasuk kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 CGI, BMW 320i dan Toyota Camry 2.0E.

Tahun depan, BSN akan memperkenalkan Cabutan Jaminan Masa Hadapan dengan hadiah istimewa kereta BMW 523i, Mercedes Benz E200 CGI dan Proton Inspira 1.8 CVT, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Cabutan SSP bagi bulan Disember di sin, Sabtu.

Beliau berkata dua cabutan khas iaitu Cabutan Penghargaan dan Cabutan SSP "High Savers" yang diperkenalkan tahun ini, akan diteruskan tahun depan.

Azaddin berkata penyimpan juga digalakkan menambah jumlah simpanan kerana BSN akan membayar dividen kepada pemegang SSP yang mempunyai simpanan minimum RM2,000.

Beliau berkata setakat ini, terdapat 1.6 juta pemegang SSP dengan nilai simpanan sebanyak RM1.46 bilion.

"Pada tahun depan, kita menyasarkan tambahan 100,000 penyimpan dengan nilai simpanan melalui SSP sebanyak RM400 juta," katanya.-BERNAMA

Malaysia E-Shop Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner

58 comments:

U Follow I Follow

Google+ Followers

Berita menarik terkini



get this