KISAH BENAR: Hikmah Disebalik Musibah

Salam semua,

Apa yang ingin saya luahkan di posting kali ini adalah sebagai ingatan dan panduan kita bersama dimana sesungguhnya Allah itu maha adil dan Dia tidak pernah menganiaya makhluknya tapi hanya makhluknya sahaja merasakan umpama teraniaya.

Kisahnya begini,ianya berlaku pada diri saya sendiri.Biar apa pun persepsi dan pandangan anda semua saya redha dengan kenyataan anda semua kerana setiap insan ada pendiriannya sendiri.


Semalam 20 Disember 2010 saya amat teruja untuk menghadiri satu program yang memang dinantikan sekian lama iaitu PROGRAM KEMBARA AMAL AHB BERSAMA NSTP & MEDIA PRIMA dimana program ini adalah penjelajahan konvoi berkereta keseluruh Semenanjung Malaysia yang bermula sejak 16 Disember 2010 di Johor Baharu,Kuantan pada 17 Disember 2010,Kuala Terengganu pada 18 Disember 2010,Kota Bharu pada 19 Disember 2010 dan seterusnya semalam konvoi berada di Sungai Petani sebelum berlepas hari ini iaitu 21 Disember 2010 ke Ipoh dan akan berakhir di Sri Pentas TV3 pada 22 Disember 2010 untuk penyerahan tabung kutipan derma yang dilakukan dalam penjelajahan PROGRAM KEMBARA AMAL AHB 2010 tersebut kepada pihak NSTP & MEDIA PRIMA sebagai penganjur PROGRAM DERMA MANGSA BANJIR KEDAH/PERLIS 2010.

Beramal sambil menjana pendapatan lumayan bersama AHB

Apa yang ingin saya luahkan disini bertepatan dengan tajuk posting iaitu Hikmah Disebalik Musibah kerana ia berlaku kepada diri saya ketika dalam perjalanan saya bersama 2 lagi rakan serta seorang anak saya untuk menghadiri majlis tersebut yang diadakan di Park Avenue Hotel Sungai Petani bermula jam 8.30 malam berdekatan lebuhraya PLUS Sungai Petani selatan.

Dengan takdir Allah perjalanan kami yang bermula di Perlis menuju ke Sungai Petani.Ketika kami sampai di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Selatan tiba-tiba kereta yang saya pandu terhenti dan tidak dapat bergerak lagi.Kereta alami kerosakan yang saya syaki pada tayar hadapan mungkin brek telah 'jam'.

Dengan bantuan PLUS RONDA kereta saya ditarik sehingga melepasi Plaza Tol untuk mengelakan berlaku kesesakan dan kemalangan.Alhamdulillah kami selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.Kereta saya ditinggalkan ditepi jalan selepas Plaza Tol.

Biarpun kereta saya rosak tapi saya mendapat bantuan ahli konvoi untuk sampai juga ke lokasi yang ingin saya pergi iaitu Hotel Park Avenue.Ketika kami sampai program telah bermula tapi syukurlah sebab baru saja bermula dan saya serta kawan saya dapat mengikuti program seperti yang telah diaturkan.Maklumat yang saya terima dari ahli konvoi bahawa kehadiran dilokasi tersebut adalah yang teramai berbanding lokasi sebelumya dan memang benar dengan keadaan dewan penuh sesak dengan pengunjung.

Dengan fikiran yang berbelah bagi berfikir tentang kereta saya yang rosak dan teruja dengan program tersebut maka kami semua berjaya mengikuti program hingga selesai.

Ada juga kawan-kawan bertanya dan ingin membantu terhadap saya untuk selesaikan masalah kerosakan kereta saya.Tapi apakan daya keadaan malam tiada woksyop yang dapat membantu.Ini bermakna kereta saya perlu dibaiki esoklah nampaknya.Terpaksalah saya bermalam di Sungai Petani semalam dan D'Vista Hotel menjadi tempat inapan kami.

Hari ini,sejak awal pagi kami bangun dengan tujuan untuk selesaikan masalah kerosakan kereta saya.

Konvoi KEMBARA AMAL AHB 2010 berlepas ke Ipoh untuk teruskan agenda yang telah ditetapkan dan saya serta kawan yang hadir bersama saya dibantu pula oleh saudara saya yang kebetulan juga hadir pada program semalam.

Saya dibawa ke bengkel kereta.Dengan bantuan pemilik bengkel kereta saya ditarik ke bengkel untuk dibaiki.

Setelah diperiksa,kerosakan sebenar kereta saya bukanlah brek telah 'jam' tapi 'gear box' telah pecah dan 'clutch' telah haus dan tidak dapat dibaiki lagi.Anggaran kos hampir RM 1500 untuk ganti 'gear box' dan 'clutch' tersebut.

Saya tiada pilihan,semua itu wajib ditukar dan saya benarkan mekanik lakukan untuk selesaikan masalah tersebut.Dalam pada itu setelah dibuat pemeriksaan rapi terdapat beberapa bahagian lagi yang perlu dibaiki dan dibuat gantian.Absorber depan dan belakang perlu ditukar,keempat-empat tayar perlu ditukar kerana sudah kehausan serta banyak lagi bahagian lain yang perlu dibuat.

Semua itu memang wajib ditukar dan dibaiki untuk keselamatan saya ketika balik ke Perlis nanti.Memang saya tiada pilihan,saya bersetuju untuk dibuat pembaikan pada semua yang mengalami kerosakan.

Dihati saya hanya berkata alangkah cuainya saya kerana tidak membuat pemeriksaan langsung pada kereta tapi hanya pandai pandu saja kemana-mana.

Tapi semuanya telah berlaku dan saya wajib membaiki semua itu.Kos pembaikan yang dianggarkan tadi RM 1500 sudah meningkat sekali ganda menjadi RM 3200.

Saya tetap bersetuju untuk dibaiki semuanya.

Mungkin anda berfikir atau terfikir bagaimana saya akan bayar semua itu secara segera tanpa perancangan kerana semua itu tanpa dirancang dan terjadi serta wajib dibaiki dengan kos yang perlu saya keluarkan RM 3200 dengan segera.

Inilah yang dimaksudkan saya dengan Hikmah Disebalik Musibah kerana biarpun kos yang perlu saya bayar dengan segera itu agak tinggi tetapi saya tidak merasa begitu menyusahkan saya kerana saya memang mempunyai wang sebanyak itu untuk membayarnya dan jika lebih dari itu pun saya mampu membayarnya.Ego juga saya ni kan.

Sebenarnya semua wang yang membuatkan saya masih mampu tersenyum dan mampu membayar semua kos RM 3200 untuk membaiki kereta saya itu datangnya dari hasil usaha dan komitmen saya membuat perniagaan bersama Asia Herbal Biotech(AHB) dimana saya amat teruja untuk menghadirinya ketika konvoi itu sampai dikawasan saya biarpun saya menetap di Perlis semalam.

Oleh itu saya menerima musibah diatas kecuaian saya tidak membuat pemeriksaan rapi terhadap kereta saya untuk membuat perjalanan jauh tapi hikmahnya saya masih mampu tersenyum kerana AHB telah membantu saya menyelesaikan masalah tersebut.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada AHB kerana memberi wang yang cukup malahan berlebihan untuk saya dan mampu tersenyum ketika saya dilanda musibah.

Kepada anda semua saya juga mahu syorkan agar marilah kita bersama-sama 'join' AHB.Saya berani jamin dengan komitmen dan semangat mahu bekerja untuk memperolehi pendapatan lumayan maka AHB adalah pilihan yang paling ideal untuk anda semua lakukan.

Sebelum itu saya masih lagi terkenang pengalaman 2 tahun lepas ketika kereta saya mengalami kerosakan ketika membuat perjalanan jauh dan kos yang perlu saya keluarkan untuk membaikinya hanyalah RM 600 sahaja tetapi saya meninggalkan kereta saya di bengkel mekanik ketika itu hampir sebulan kerana tidak mampu membayarnya.Amat perit saya rasakan ketika itu kerana tiada kenderaan untuk saya gunakan untuk aktiviti harian.

Tapi alhamdulillah sejak saya menceburi AHB lebih kurang 5 bulan yang lalu saya mampu tersenyum biarpun kos membaiki kereta saya mencecah RM 3200.

Terima kasih sekali lagi AHB.Jom kita join AHB...tsunami MLM telah melanda negara kini dan jangan lepaskan peluang ini.Sebenarnya banyak lagi perkara pelik tapi benar berlaku berkisarkan kepada jenama AHB ini.

Renung dan fikir-fikirkan.

Nukilan Ikhlas,

Admin
Blog Sensasi.
http://ahbcordyceps4u.blogspot.com

Gambar-gambar peserta Konvoi Kembara Amal AHB 2010 yang diketuai sendiri oleh CEO AHB Rick Gan dan 001 AHB En. Ismail Che Ani dan rombongan






Malaysia E-Shop Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner


15 comments: