Televisyen 3 dimensi pertama dunia dilancar di Jepun

TOKYO: Toshiba hari ini melancarkan televisyen yang dianggap pertama di dunia mempunyai imej tiga dimensi (3D) tanpa memerlukan penonton menggunakan kaca mata khas bagi pasaran Jepun.

Pengguna yang teruja dengan produk baru ini dilihat mencuba dan menguji skrin tv 21 inci model Regza GL1 yang dipamerkan untuk jualan di kebanyakan kedai elektronik di ibu negara Jepun hari ini.

Model baru yang mengandungi teknologi cecair kristal ini dijual dengan harga 119,800 yen (AS$1,400) manakala model 20 inci pula akan dijual Sabtu ini.

Set televisyen 3D baru ini tidak memerlukan pengguna memakai kaca mata khas berbanding model televisyen 3D lain bagi memaparkan imej berbeza untuk memantapkan ilusi tontonan.

“Saya mahu skrin tv yang lebih besar di rumah. Saya akan menunggu sehingga tahun depan sebelum membeli tv 3D ini sekiranya ada model yang lebih besar," kata seorang lelaki berusia 47 tahun yang memasuki ruang pameran dan jualan sebuah kedai elektronik.

Seorang lagi pelanggan berusia 33 tahun berkata: “Kalau tidak memerlukan kaca mata, ia sesuatu yang hebat. Saya tidak dapat merasai imej itu 'terbang keluar' dari skin tv untuk sesetengah program," katanya. - AFP

Malaysia E-Shop Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner


26 comments: