Advertisements

Photobucket

Ahad, 12 Disember 2010

Tiga Parah Bas Terbabas Di Gua Tempurung

Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa-mangsa kemalangan sebuah bas di KM 304.5 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Gua Tempurung petang Sabtu. Dalam kejadian tersebut, bas yang membawa 41 penumpang dan dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Jasin, Melaka terhumban ke dalam longkang besar di tepi lebuhraya tersebut. Foto BERNAMA

IPOH: Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di kilometer 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng, Sabtu.

Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.

Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.

Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.

Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.

"Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik," katanya. - BERNAMA

Malaysia E-Shop Online

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:

Ditaja oleh FeedBurner

7 comments:

Revolter AMI berkata...

sedih baca berita ni...moga mereka tabah hadapi dugaan ni

Yiedpozi berkata...

Amin........

Miza Yusof berkata...

salam takziah dan semoga tabah menghadapi dugaanNYA.

FAZLINA AZIZ berkata...

penah ade pengalamn,di mane,tukang bawak bas bwk tlebih penumpang.siap tumpangkan ank beranaknya untk blk -___________-'

Maya berkata...

lagi berita ngeri membabitkan bas di negara kita ni.bertambah lagi koleksi yang semakin menebai

Miza Yusof berkata...

@fazlina aziz
samalah kita. miza pernah hadapi situasi pemandu bas baak terlebih penumpang. masa dalam bas tu mengucap jelah. redha kalau apa akan berlaku. alhamdulillah perjalanan kami selamat.

Maya berkata...

dah lama tak naik bas, dah banyak kes cam ni lagi la bertambah fobia. cam badi mari menari pun ada. nauzubillah

U Follow I Follow

Berita menarik terkini



get this