GAMBAR: Pertunangan Ashraf Muslim Dan Noor Dayana Lokman,Nikah 1 Syawal Di Mekah


Tahniah diucapkan kepada Ashraf Muslim dan Noor Dayana Lokman kerana sudah bertunang pada hari ini.Insya-Allah,majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada 1 syawal,30 Ogos nanti di Mekah.Ashraf Muslim memilih Mekah kerana mengambil contoh amalan khalifah dan sahabat Nabi Muhammad yang bernikah di sana.
“Dengan izin Allah, kami akan bernikah di Mekah pada 1 Syawal depan. Saya akan bertolak ke sana pada 17 Ogos ini untuk mengerjakan umrah sambil menjalani rawatan bersama-sama bakal bapa mertua saya, Lokman Abdul Hamid dan membawa rombongan umrah.


“Saya akan berada selama 18 hari di sana dan bakal isteri saya akan datang ke Mekah menjelang hari pernikahan kami. Selepas nikah, kami akan melakukan tawaf dan menziarahi Mekah sebelum pulang pada 2 September nanti,” -Ashraf Muslim.

Tahniah sekali lagi untuk Ashraf Muslim.Semoga apa yang dirancang oleh beliau diberkati dan di izinkan Allah.

Source

Malaysia E-Shop Online
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: