Join FOREX adalah haram - Majlis Fatwa Kebangsaan

Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini menetapkan sistem tukaran wang asing menerusi internet(FOREX) adalah haram untuk disertai umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, menerusi perbincangan antara ahli jawatankuasa fatwa didapati urus niaga Forex Internet tidak memenuhi syariah.

Menurutnya, setakat ini ditetapkan ia adalah haram kerana banyak perkara yang meragukan dan syariah tidak membenarkannya.

“Saya menyeru kepada umat Islam supaya tidak perlu menyertainya perniagaan Forex ini sehingga sekarang ia adalah haram. Urus niaga perseorangan secara internet menerusi orang tengah ini adalah haram disebabkan dalam jual beli ini tidak ada kontrak secara jelas,” katanya ketika ditemui di sini.

Beliau juga memberitahu, individu yang menyertainya juga boleh terdedah kepada untung dan rugi yang tidak menentu.

Katanya, pertukaran menerusi bank dengan bank secara rasmi adalah halal untuk disertai dan umat Islam digalakkan untuk menyertainya termasuk memutuskan pelaburan menerusi Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN) adalah harus.

p/s: Ramai yang terkedu dengan keluarnya fatwa ini....

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: