Manohara sudah berkahwin dengan Gabenor Sulawesi Tenggara?

JAKARTA: Berita mengenai hubungan Manohara Odelia Pinot dengan seorang gabenor semakin banyak diperkata.

Malah, gambar mereka berdua semakin banyak tersebar di Internet sejak beberapa bulan lalu, tersebar khabar angin mengatakan Manohara sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang gabenor.

Dan kini, dengan tersebarnya gambarnya dengan seorang lelaki yang lebih tua daripadanya, dipercayai seorang gabenor, menguatkan lagi khabar angin itu.

Dalam gambar yang diberi tajuk “Gabenor Sulawesi Tenggara dengan Manohara,” wanita jelita itu memakai blaus jarang berwarna putih yang menutupi sepasang pakaian mandi hitam, dan rambutnya dibiarkan tidak diikat, di atas sebuah bot.

Seorang lelaki berkumis, yang dikatakan seorang gabenor, duduk bersantai bersama Manohara sambil memegang sebuah kamera SLR.

Hubungan mereka masih menjadi teka-teki kerana Manohara tidak dapat dihubungi untuk mengesahkannya. - Detikhot

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: