Minyak masak di Perlis habis,,kat sempadan banyak pula..apa ke he nye..

GAMBAR: Sebahagian minyak masak yang dijual di pasar Wang Kelian sempadan Perlis/Thailand

Krisis minyak masak di utara terutamanya negeri Perlis semakin meruncing.Hasil tinjauan kami di kedai-kedai runcit dan pasaraya sekitar bandar Kangar didapati hanya minyak jagung yang masih terjual tetapi minyak masak yang biasa digunakan kehabisan stok.

Kemana perginya minyak-minyak ni ek?Apa yang kami ketahui kerajaan memberi peruntukkan yang lebih dari cukup kepada pengguna yang disalurkan.Tetapi kemana perginya minyak ni?

Kami mohon pihak yang berwajib jangan hanya mendiamkan diri dan tunggu dan lihat.Lakukan sesuatu atau pun memang sengaja berdiam diri setelah di beri sesuatu untuk mendiamkan diri.Rakyat yang memerlukan yang menjadi mangsa.

Yang peliknya dekat sempadan Perlis/Thailand banyak pula minyak ni.Tinjauan di pasar sempadan Wang Kelian berlambak pula minyak yang memang dari Malaysia tapi dijual di Thailand.Harga disana pula berlipat ganda dengan harga di Malaysia.Bagaimana semua ni boleh terjadi?

Apa dah jadi?

Tolongggggggg....kami nak masak guna minyak apa ni...tolongggg

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: