Sami Khedira Pegang Payudara Teman Wanitanya Di Majalah?

Tunisia – Gambar pemain Real Madrid ,Sami Khedira bersama teman wanitanya, Lena Gercke telah mencetuskan kekecohan di Tunisia sehingga menyebabkan seorang ketua pengarang sebuah akhbar tempatan bersama dua lagi editornya ditahan oleh pihak berkuasa.

Semuanya gara-gara akhbar itu menyiarkan gambar pasangan berkenaan yang menunjukkan Gercke bergambar tanpa seurat benang bersama Khedira yang lengkap berpakaian sambil tangannya menutup payu dara wanita berkenaan.

Tindakan akhbar tersebut telah mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga mereka mengancam untuk membakar bangunan yang menempatkan ibu pejabatnya.

Biarpun ketua pengarang akhbar itu mengemukakan permohonan supaya dibebaskan menerusi peguamnya, namun ia ditolak oleh pihak berkuasa.

Susulan itu dia bercadang melancarkan mogok lapar.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: