Sazali anak P. Ramlee terlantar sakit

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itulah nasib yang menimpa anak seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Sazali, 53, yang kini terlantar sakit selepas kemalangan dua bulan lalu.

Lebih menyedihkan kemalangan yang menimpanya itu berlaku selepas sebulan memulakan pekerjaan baharu sebagai tukang sapu di sini pada November tahun lalu.

Sebelum ini, Sazali hilang pekerjaan setelah berkhidmat selama 13 tahun dengan Alam Flora Sdn. Bhd. kerana syarikat itu tidak lagi menguruskan sampah di negeri Selangor.

“Semasa kejadian itu saya balik dari kerja dalam keadaan hujan lebat. Jalan dipenuhi air menyebabkan basikal saya terlanggar besi penutup air kumbahan dan saya terjatuh di atas besi itu,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam

p/s:Seorang anak tokoh disanjung dunia bergelar Tan Sri tetapi hidup merempat...apa ke heee nye...Kepada pihak yang berkenaan sila-silalah menjengok dan memberi penghormatan kepada beliau sebagai terima kasih kita kepada ayahnya yang begitu banyak jasa kepada negara dan dunia amnya.Renung-renugkan dan selamat beramal.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: