Wanita dua "VAGINA" dilamar berlakon filem lucah!


Pelik tapi benar,itulah ungkapan yang dapat kami gambarkan.Beliau bukan khunsa tetapi wanita yang mempunyai dua vagina.Wanita bernama Hazel Jones ini benar-benar mempunyai dua faraj.

Keistimewaan yang ada padanya itu telah menjadi perhatian sebuah syarikat filem lucah untuk mengambil beliau sebagai pelakon filem lucah.Namun begitu beliau menolak untuk berlakon filem tersebut dan beliau berkata tidak terfikir untuk menerima sebarang watak sebegitu.Hazel Jones mengakui terkejut dan menegaskan untuk menolak tawaran seperti itu kata wanita berambut perang yang berasal dari High Wycombe itu.

Ketika muncul dalam rancangan televisyen awal minggu ini,Hazel Jones mendedahkan dirinya memiliki 'uterus didelphys'.merujuk kepada keadaan dua rahin dan dua serviks.Beliau yang berumur 27 tahun didekati oleh syarikat Vivid Entertaiment,iaitu sebuah syarikat produksi filem dewasa(lucah) Amerika Syarikat.

Menurut rancangan This Morning,Jones memberitahu: "Saya tidak pernah terfikir untuk menerima apa-apa tawaran seperti itu mahupun melakukannya pada masa depan.Jangan ganggu saya."


Jones memberi reaksi tersebut selepas pengasas Vivid, Steven Hirsch menulis sepucuk surat kepadanya menawarkan AS$1 juta (RM 3.1 juta) untuk membintangi satu daripada filemnya.Dalam surat tersebut Hirsch menulis: "Anda jelasnya seorang wanita luarbiasa dan saya mahu jadikan anda seorang bintang untuk membintangi satu daripada produksi akan datang Vivid."



Uterus Didelphys adalah nama yang diberi kepada satu keadaan dimana rahim hadir sebagai organ berpasangan oleh kerana kegagalan gabungan embryogenetic.Disebabkan ini bahagian tengah-tengah  peranakan wanita terbahagi kepada dua dan menyebabkan individu tersebut mempunyai dua faraj.Hal ini juga menyebabkan wanita mempunyai dua dara (selaput dara).


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: