Whitney Houston Meninggal Dunia

Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya.

Jurucakap Whitney, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu sebentar tadi.

Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan ole keluarga penyanyi kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, menurut polis di Beverly Hills, Lt Mark Rosen, kematian tersebut masih lagi dalam siasatan polis.

"Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah," katanya.

Tambah Rosen, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.

Houston terkenal dengan lagu-lagu seperti “How Will I know you,” “Saving All My Love for You” dan “I Will Always Love You.”Beliau juga telah memenangi beberapa anugerah Grammy.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: