GAMBAR: Anak Mawi dan Ekin,Cahaya Malaika!

Mawi bersama anaknya Cahaya Malaika

Penyanyi terkenal tempatan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani kini sudah bergelar bapa selepas isteri tercinta, Ekin telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 4 pagi tadi.

Bayi sulung mereka seberat 2.8 kilogram telah dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi.

Pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail yang mengesahkan berita gembira tersebut memberitahu Ekin atau nama sebenar Nora'Asikin Rahmat telah diberikan suntikan ubat pelali kerana mengalami komplikasi untuk bersalin.

"Ekin telah dimasukkan ke hospital pada jam 7.30 semalam (Isnin). Melihatkan keadaannya yang tidak boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, doktor memberikan ubat pelali. Syukur Alhamdulillah, kedua-duanya selamat," ujar Nasir.


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: