GAMBAR: Kuala Lumpur dilanda banjir lagi,apa fungsi terowong SMART?

Bangunan Sultan Abd Samad,Kuala Lumpur

Bandaraya Kuala Lumpur dilanda banjir lagi malam ini setelah hujan turun mulai jam 7 malam dan dilaporkan masih berlarutan sehingga pukul 12 tengahmalam ini.

Nampaknya usaha kerajaan berbelanja berbilion ringgit membina terowong SMART bertujuan untuk mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur tidak mencapai hasrat yang diimpikan.

Tetapi hanya untuk mengelakkan kesesakan lalulintas mungkin berjaya sedikit,mungkin agaknya tetapi laporan-laporan yang diterima kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur seperti tidak berjaya diatasi biarpun berbagai usaha dilakukan dengan bertambahnya kenderaan setiap hari.

Apa lagi yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah ini?Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur...lumpurmu melumpuhkan kemajuan dan kejayaan mereka-mereka yang membinanya.Fikirkan dan renungkan untuk masa depan kelak.

Lagi gambar sekitar banjir yang berlaku yang mungkin melumpuhkan bandaraya Kuala Lumpur dengan air lumpurnya.

Sekitar Masjid Jamek,K.L

Jalan Tun Abdul Razak(TAR) K.L

Kg Baru K.L

Pavilion K.L

Sekitar tengah bandaraya K.L

Plaza Low Yat,Bukit Bintang


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

8 comments: