Guru didakwa edar gambar lucah

KUALA LUMPUR – Seorang guru bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, dua tahun lalu.

C Shanmuga, 32, didakwa mengedar gambar lucah kepada seorang remaja perempuan berumur 18 di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di sini antara 21 April hingga 27 April 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Isa Nor membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya S Arunjothy manakala Shanmuga diwakili JRV Ramjahen dan S Satheesan. – BERNAMA

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: