Kesihatan Azean Irdawaty merosot

Aktres veteran Azean Irdawaty memohon kepada orang ramai agar dapat mengadakan solat hajat sebagai 'hadiah' bersempena hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62 jatuh pada 27 Februari lalu.

"Syukur Alhamdulillah, hari ini (Isnin) saya sudah 62 tahun. Saya nak minta 'hadiah' sempena hari lahir saya. Boleh tak panggil orang-orang masjid buat solat hajat minta saya sembuh," kata Azean atau mesra dengan panggilan Kak Yan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut laporan mStar, Azean turut memberitahu bahawa kesihatannya semakin kritikal akibat penyakit 'Lymphedema' yang dihadapinya selepas menjalani pembedahan membuang 16 kelenjar selepas menderita barah payudara sebelum ini.

Malah Azean turun mengatakan bahawa badannya berasa panas, tulang belakang sakit dan kakinya turut kebas sehingga dia terpaksa memohon kepada orang ramai agar mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Sementara itu beberapa rakan seperjuangan Azean dikatakan sedang berusaha mengatur solat hajat di beberapa buah masjid bagi memenuhi permintaan seniwati itu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: