PRIHATIN: Kereta Hilang Di Samun! WSR2330 Caldina Silver


Tarikh kejadian : 2.45ptg 16/3/2012
Tempat : Jalan Gunung Tahan U11/1D, Bukit Bandaraya, Shah Alam
Suspek : 3 budak lelaki India (01115782642) dan seorg lelaki Melayu (0124567463)

Kronologi :

Seorg lelaki Melayu call aku mengaku cikgu kepada 3 org budak lelaki india minta tolong jemput mereka di KLIA dan hantarkan ke alamat di atas. Cikgu tersebut akan bayar duit tambang sebaik tiba di rumah tersebut.

Budak lelaki India ni merupakan 3 atlit olahraga yang baru pulang dari Sabah. Tepat pukul 2 ptg tadi, mereka sampai dan aku pun jemput mereka naik kereta CALDINA aku tu dan bawak ke alamat seperti mana yg cikgu tu beri.

Bila sampai di alamat, cikgu tu belum pulang dari solat Jumaat dan minta tunggu di depan rumah. Semasa menunggu itu lah, budak lelaki India ni keluarkan pisau Rambo dan acu kan ke leher aku. Terluka sedikit dekat dagu..

Mereka suruh aku keluar dan rampas CALDINA aku. Laporan polis telah di buat di IPD Shah Alam dan menurut rekod, ini kes pertama yang guna modus operandi seperti ini.

Mohon sebarkan jika sesiapa ada ternampak CALDINA Silver WSR2330, di cermin belakangnya ada sticker besar 330hyper.com, harap dapat hubungi balai polis berhampiran. Terima kasih semua..

Hubungi balai polis berhampiran atau Hairul Nizam Hashim 016 2631453(pemilik kereta) jika anda dapat kesan kereta tersebut.

'BERSAMA MEMBANTERAS JENAYAH'

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: