Sebuah restoran di KLCC terbakar


KUALA LUMPUR: Beratus-ratus orang telah dipindahkan dari KLCC akibat daripada kebakaran kecil di sebuah restoran di dalam bangunan itu.

 Beberapa orang melihat asap keluar dari restoran dan memanggil pihak keselamatan pusat beli-belah, kata seorang jurucakap bagi pengurusan KLCC.

 Pembeli dan pekerja pejabat adalah antara yang pertama yang dipindahkan diikuti oleh peruncit yang menutup cawangan mereka.

 Penolong Pengarah Jabatan Kebakaran dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Azizan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata api telah dipadamkan dan tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan.


Suatu kebakaran berlaku di pusat membeli-belah KLCC Suria petang ini, memaksa penghuni dan pengunjung mengosongkan bangunan tersebut.

Asap putih kelihatan dari bumbung bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat tiba kira-kira jam 5.45 petang.

Penerbit buku Amir Muhammad yang kebetulan berada di tempat kejadian berkata pegumuman dibuat melalui sistem pembesar suara meminta orang ramai mengosongkan bangunan.

Menurutnya, eskalator sesak dengan orang ramai tetapi keadaan di situ tenang dan teratur.

Beliau berkata, sekitar lebih 1,000 orang berkumpul di luar bangunan itu di bahagian air pancut dekat taman taman Suria KLCC.

Sementara itu, TheStar melaporkan ia membabitkan kebakaran kecil di sebuah restoran di tingkat concourse bangunan itu.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5.25 petang dan tiba dalam masa beberapa minit.

Beberapa orang melihat asap keluar dari restoran dan memaklumkannya kepada pihak keselamatan pusat membeli-belah itu, kata seorang jurucakap pengurusan KLCC.

Pembeli dan pekerja pejabat adalah antara yang pertama dipindahkan, diikuti pekedai yang menutup perniagaan mereka.

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Azizan Ismail mengesahkan kejadian dan berkata api telah dipadamkan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: