Isu Pelangsing Beracun,Sendayu Tinggi Mohon Maaf.

Berikutan penemuan bahan racun berbahaya, Sibutramine didalam sejenis produk minuman pelangsing badan terkenal. pihak Sendayu Tinggi telah tampil memohon maaf terhadap pengguna minuman pelangsing badan keluaran mereka.

 Pengarah Urusan Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menyatakan syarikat mereka tidak terlibat didalam pembuatan produk minuman pelangsing badan tersebut.

Ia adalah kesilapan pembekal yang merupakan pakar pemakanan yang dilantik pihak Sendayu Tinggi.

 Berikutan insiden penemuan bahan racun berbahaya didalam minuman pelangsing badan keluaran syarikat Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim menyatakan bahawa penjualan produk minuman pelangsing badan tersebut akan dibekukan sehingga siasatan Bahagian Penguatkuasaan Farmasi selesai dijalankan.

 Disamping itu, Rozita Ibrahim memberi jaminan bahawa produk Sendayu Tinggi yang lainnya yang berada dipasaran selamat digunakan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments: