Koleksi Resepi : Mee Rcun Batu Pahat


Bahan-bahan(Sediaan untuk  5-6 org ) 
- 600 g mee kuning
- 1/2 kg tulang kambing
- 1/2 inci halia ditumbuk
- beberapa ekor udang, boleh tambah ayam atau sotong
- 3-4 biji bawang merah dikisar
- 2-3 ulas bawang putih dikisar
- 4 sb lada boh
- 5 sb sos tomato
- 4 sb sos cili
- 1 kiub ayam
- 1 sb gula
- sedikit garam
- sedikit serbuk lada sulah
- 2 kelopak kobis ( nak letak sawi pun boleh)
- sebiji tomato (dipotong baji)

 Cara-cara memasak
1. Rebus tulang kambing dengan halia hingga empuk.
2. Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kekuningan dan naik bau.
3. Masukkan lada boh, tumis hingga garing.
4. Masukkan air rebusan tulang kambing, masukkan sos tomato dan sos cili biar mendidih
5. Masukkan udang, tulang kambing, gula, garam secukup rasa, kiub ayam dan serbuk lada sulah
Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato.
 6. Masukkan mee.. Tapi den celur jer mee... Kuah tuang kemudian...
 7. Boleh letak telur kalau suka.... Saya tak letak... sbb byk dah kalori.... heheheh...
 8. Sedia di hidang... Taburkan daun bawang dan bawang goreng..

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: