Lampu suluh plasma mampu bunuh kuman

Sejenis peralatan yang dipegang seperti lampu suluh boleh membunuh bakteria berbahaya sekali gus berpotensi untuk membantu pasukan perubatan dalam menangani kes jangkitan khususnya di zon bencana dan perang.

Menurut sekumpulan penyelidik dari China, Australia dan Hong Kong dalam satu jurnal khas, 'lampu suluh plasma' itu mampu mengeluarkan pancaran gas bercas atau berion untuk membunuh kuman.

 Buat masa ini, pensteril plasma panas sudah digunakan untuk membersihkan alat-alat pembedahan daripada jangkitan, namun harganya lebih mahal dan ia memerlukan lebih banyak kuasa elektrik.

 Alat baru itu hanya menggunakan bateri 12 volt dan tidak memerlukan tenaga gas, lapor kajian yang didedahkan di Journal of Physics D: Applied Physics.

Pencipta alatan itu berkata, mereka telah menjalankan uji kaji terhadap kuman yang tahan kepada antibiotik dan haba, Enterococcus faecalis.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: