BOLASEPAK: Chelsea Juara Champions League 2011/12


Perlawanan akhir UEFA Champions League antara Bayern Munich vs Chelsea berlangsung dengan kemarau jaringan gol pada separuh masa pertama perlawanan.

Begitu juga sewaktu perlawanan separuh masa kedua bermula sehingga kemarau gol berakhir pada minit ke-83 dengan gol hasil jaringan pemain Bayern Munich,T. Müller. Tetapi Didier Drogba kembali menghangatkan suasana di minit terakhir perlawanan dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-88 hasil tendangan sudut oleh Juan Mata yang ditanduk kencang ke gawang Bayern Munich.

Wisel penamat separuh masa kedua dibunyikan dengan tambahan masa 5 minit yang penuh debaran. Dalam masa tambahan pertama, Didier Drogba menjatuhkan Franck Ribéry dan Bayern Munich mendapat peluang besar untuk menang perlawanan ini apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-93, tetapi Arjen Robben gagal menyudahkan sepakan penalti tersebut apabila dapat dibaca oleh penjaga gol Chelsea, Petr Čech.

 Perlawanan masa tambahan 30 minit berakhir dengan kedudukan masih terikat 1-1 dan membawa ke penentuan melalui sepakan penalti.

Untuk rekod, "no English club has lost on spot kicks to a foreign team".

Akhirnya Chelsea dinobatkan sebagai Juara Champions League 2011/12, menang sepakan penalti 4-3 menewaskan Bayern Munich.

Source

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

2 comments: