GAMBAR: Majlis Aqiqah Anak Mawi Dan Ekin-Cahaya Malaika

Kehadiran Cahaya Malaika, mencecah usia tiga bulan melengkapkan kehidupan Mawi atau Asmawi Ani, 31 dan isterinya, Nora’Ashikin Rahman (Ekin), 33. Tiada ayat yang mampu menggambarkan betapa bersyukur dan gembiranya pasangan ini saat menerima khabar berita mereka bergelar ibu selepas tiga tahun menanti.

Mawi dan Ekin bersama Cahaya Malaika 

 Berbaloi penantian itu dirasakan apabila pada tanggal 28 Februari lalu, wajah zuriat comel mereka itu dapat ditatap buat pertama kalinya. Dinamakan dengan sepotong nama yang cukup indah, diam tak diam Cahaya Malaika kini sudah pun berusia tiga bulan. Baik suami yang juga penyanyi popular, Asmawi Ani dan Nora’Ashikin Rahman (Ekin) kedua-dua menyifatkan kehadiran puteri kesayangan itu sebagai pelengkap rumah tangga mereka yang dibina sejak 20 Disember 2008.

Majlis aqiqah Anak Mawi dan Ekin 

Akui Mawi, dia dan isteri meletakkan Cahaya sebagai keutamaan dalam hidup mereka kini sekali gus merangsang Mawi untuk kembali merancakkan karier seninya yang perlahan kebelakangan ini. Majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar.

Gambar terbaru Keluarga bahagia Mawi dan Ekin 

"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi. Nama Cahaya Malaika dipilih sendiri oleh Mawi dan Ekin ketika dalam tempoh kehamilan yang membawa maksud Cahaya Permaisuriku.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: