Hafiz Juara Mania

Hafiz (tengah) membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000. Foto SHAARI CHE MAT 

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hafiz dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir Mania di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil di sini, malam Sabtu.

 Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000

 Hafiz berkata, dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak sangka bahawa dirinya dapat mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.

 "Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini. "Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya," katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.

 Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

 Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, sekali gus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000-mStar


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: