Loji Petronas di Kerteh meletup,seorang terkorban

KEMAMAN: Seorang maut, seorang parah dan 21 lagi mengalami kecederaan selepas letupan berlaku di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR, Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang tadi.

 Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui. Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun dan Kemaman.

 Mereka ialah kakitangan sebuah syarikat kontraktor Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang menjalankan kerja kimpalan di loji itu yang sedang dalam penyelenggaraan.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: