PRIHATIN: Remaja OKU hilang di surau

ZALEHA memegang gambar Saiful yang hilang semasa bermain di sebuah surau di Kampung Sungai Rinting C, Masai semalam.

 JOHOR BAHRU - Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) hilang selepas pergi bermain di sebuah surau di Kampung Sungai Rinting C, Masai di sini pada Khamis lalu.

 Remaja terbabit, Saiful Samidi, 21, yang mengalami sindrom down disedari hilang oleh sepupunya, Suhana Hasri, 23, kira-kira pukul 3.30 petang selepas kelibat remaja terbabit tidak kelihatan di Surau Haji Osman yang terletak tidak jauh dari rumahnya.

 Menurut ibu Suhana yang merupakan pengasuh Saiful, kali terakhir dia melihat remaja itu di surau tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari ketika ingin mengajaknya pulang makan.

 "Ketika itu, dia menolak kerana ingin menunggu waktu solat Zuhur dan saya pulang semula untuk menidurkan adik Saiful yang berusia lima tahun. "Namun ketika saya kembali semula ke surau pada pukul 3.30 petang, Saiful sudah tiada," katanya ketika ditemui semalam.

 Sementara itu, menurut ibu Saiful, Zaleha Rashidi, 43, anak sulungnya itu keluar menuju ke surau tersebut yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya sebaik sahaja dia dan suami, Sarmidi Subir, 48, keluar bekerja kira-kira pukul 8.30 pagi.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: