Isu WWW 1: Dr.Raja Iskandar akan buat laporan polis esok

Dr Raja Iskandar Al-Hiss mewakili Dewan Pemuda PAS Perak akan membuat laporan Polis berhubung isu bidaan no plat kereta di Ibu Pejabat Daerah Ipoh jam 10 pagi esok.

 Difahamkan Dr Raja Iskandar yang juga kerabat diraja Perak ,yang mempunyai pertalian darah dengan Sultanah Johor ,DYMM Raja Zarith Sofea akan mengemukakan fakta kenapa mereka membuat aduan polis.

Aduan mungkin berkaitan dengan karikatur kartun dalam akhbar Kosmo bertarikh 30 Mei lalu dan juga kenyataan Raja Petra dalam artikel beliau dalam blog beliau,bertarikh 31 Mei lalu.

Source

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: