Dato' Fazley juara MasterChef Selebriti musim pertama

Akhirnya  terjawab sudah siapakah juara MasterChef Selebriti Malaysia bagi musim pertama. Dato’ Fazley telah dinobatkan sebagai juara yang pertama.

Tahniah kepada Dato’ Fazley kerana berjaya merangkul juara.

 Dato’ Fazley memang terbaik, dari segi performance di sepanjang memasuki dapur masterchef dan memang tidak mengecewakan.

 Setiap tugasan masakan yang diberikan akan disempurnakan dengan baik. Walaupun makanan itu dia tak biasa dilakukannya tapi dia mencuba untuk yang terbaik.

Sumbangan yang berjaya dikumpulkan oleh Dato’ Fazley  berjumlah RM 57,500 dan akan disumbangkan kepada Yayasan Jantung Negara. Tahniah juga untuk Angah Raja Lawak, walaupun tak berjaya sekurang-kurang-kurangnya dia berjaya mara ke final dan memperoleh ilmu dari dapur masterchef tersebut.

Tahniah dari kami di Blog Sensasi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

5 comments: