Kadar zakat fitrah tahun 2012 bagi seluruh Malaysia

Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan.

Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]

 Dan sabda baginda lagi (maksudnya): ”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]

 Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan.

Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin. Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]

 Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak. Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).

 Ibnu Abbas berkata(maksudnya): ”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]



Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: