Apabila Pelakon ‘Tolol’ Pertikai Fatwa Mufti

Oleh NIEZAM ABDULLAH (Twitter @niezamabdullah)dari mStar 

 Adoiii 

 SELAMAT Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca ruangan ini.

 Mudah-mudahan pada bulan Syawal ini, kita dapat bersalam-salaman bagi memohon maaf terhadap apa juga kesilapan yang kita sedar ataupun tidak.

 Semasa pulang beraya di kampung saya di Selama, Perak tempoh hari, ada seorang teman wartawan berborak dan bercerita panjang dengan saya mengenai sikap “tolol” seorang pelakon lelaki yang dah suam-suam kuku ni.

 Katanya, pelakon ini tergamak mempertikaikan fatwa seorang mufti hanya kerana mufti ini dipercayai seorang ahli Umno.

 Apabila saya membaca Twitter artis tolol ini, maka saya pun terfikir, betapa ceteknya pemikiran dia. Inilah jadinya apabila orang yang tidak cukup ilmu di dada tiba-tiba mahu bercakap bab-bab agama dan politik.

 Untuk rekod, artis ini tidaklah terlalu berjaya dalam kerjayanya. Perangai pun tak semenggah mana. Banyak perkara tidak senonoh yang dia buat sepanjang jadi artis.

 Saya malas nak sebut kisah-kisah silamnya cuma saya ingin artis ini sedar, perbuatannya mempertikaikan fatwa seorang mufti itu adalah sikap yang terkutuk.

 Mufti adalah seorang pegawai yang kerjanya menasihati sultan dalam bab-bab agama. Fatwa yang dikeluarkan oleh seseorang mufti juga tidak dibuat sesuka hati tetapi diluluskan dalam sesebuah mesyuarat yang dilakukan.

 Peranan mufti juga tinggi tidak kiralah di negeri milik mana-mana parti yang dia berkhidmat kerana fatwa yang dikeluarkan bukan merujuk kepada kitab politik tetapi berpandukan al-Quran dan hadis.

 Setidak-tidaknya seseorang mufti itu lahir dan dibesarkan dalam persekitaran yang terpelihara akhlaknya berbanding pelakon ini yang pada dasarnya dia sendiri gagal dalam bidang seni yang dia pilih.

 Saya amat berharap artis ini insaf dan bawa-bawalah bertaubat serta kembali ke pangkal jalan. Janganlah sesekali mencampuradukkan bab-bab agama di pentas politik kerana kelak nanti akan mencerminkan kebodohan diri sendiri.

 Masyarakat seharusnya berasa malu apabila adanya manusia seperti ini. Saya mahu masyarakat juga tidak terpengaruh dengan dakyah bodoh yang cuba dia sampaikan.

 Bayangkan, fatwa seorang mufti pun boleh dipertikaikan, apa lagi yang kita boleh percaya dengan kata-katanya?

 Dia seharusnya dihumban ke laut atau dijadikan makanan serigala yang kebuluran. Itulah tempat yang sesuai untuknya.

 Saya juga agak kecewa apabila dalam satu temu bual artis ini ada menuduh saya telah memutar belitkan fakta mengenai kerjayanya sebagai pelakon sebelum ini apabila dia dibuang oleh sebuah syarikat produksi selepas mengarah filem separuh jalan.

 Kepada si artis... seperti mana yang saya katakan, kalau tidak cukup ilmu pergilah belajar.

Nak jadi pelakon, pergi belajar di sekolah lakonan. Nak jadi pengarah, ada tempat untuk mendapatkan ilmu itu. Nak bercakap bab-bab agama, ada banyak sekolah pondok. Begitu juga dengan ilmu dalam bidang politik.

Bukanya menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidung, membawa lumpur sehingga terpalit satu kampung.

 Atas sebab-sebab itulah anda dilihat artis yang tidak ubah seperti tong kosong, yang hanya sekadar mengeluarkan bunyi bising tapi tiada isinya. Malulah dengan diri sendiri dan cerminkan dulu diri anda itu.

Sekian, terima kasih.

 NIEZAM: Masih terbayang peristiwa mendapat panggilan telefon daripada pelakon lelaki ini lebih 10 tahun lalu untuk membantu satu kes di balai polis. Dah insaf ke?

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: