KOLEKSI RESIPI: KEK LAPIS MASAM MANIS (SARAWAK)


BAHAN-BAHAN 
10 biji telur
130 gm gula halus
 450 gm mentega
1 sudu teh ovalette
1 tin susu pekat manis (kecil)
50 gm jem raspberry (boleh juga gunakan strawberry)
250 gm tepung Hong Kong
100 gm Horlicks
Secukup Haw Flakes (49 keping setiap lapisan merah)

 CARA:
 1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.
 2. Kemudian masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dengan kelajuan yang paling rendah saja untuk ratakan bahannya atau boleh juga kacau hingga sebati.
 3. Sesudah itu, masuk tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dengan kelajuan rendah) atau dikacau hingga sebati.
 4. Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan warna.
 (a) Merah
 (b) Hijau
 (c) Kuning
 5. Loyang 8" x 8" telah digunakan. Kalau nak kurang tebal boleh gunakan 9" x 9".
Bakar berlapis-lapis plain (satu warna demi satu warna) dan begitulah seterusnya sehingga habis.
Susun haw flakes pada setiap lapisan merah atau mengikut kreativiti masing-masing.

Selamat Mencuba

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: