CUEPACS harap imbuhan tetap perumahan ditambah

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menambah imbuhan tetap perumahan kepada penjawat awam dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September ini.

 Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng berkata, ia perlu kerana kos perumahan kini amat tinggi.

 "Bagi kawasan bandar apabila wujudnya projek perumahan baharu timbul masalah di mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat beli rumah," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 Beliau juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam untuk satu jumlah yang besar sekali gus.

 Sebagai contoh, katanya, ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji sebanyak 13 peratus baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ia membebankan.

 Yim Pheng memberitahu, penjawat awam bagi kumpulan yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun juga diharap dapat diberi pelepasan cukai.-Kosmo

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: