Harga terkini petrol RON97 ialah RM3 seliter

Harga untuk petrol premium RON97 telah meningkat sebanyak 30 sen daripada RM2.70 kepada RM3 seliter.

 Presiden Persatuan peniaga Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman berkata, harga baru itu berkuatkuasa di pam petrol sejak pukul 12.01 pagi Khamis.

 "Ini berikutan harga bahan api di pasaran dunia, yang telah meningkat," katanya ketika dihubungi.

 Sebelum ini dilaporkan bahawa harga RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen daripada RM2.80 kepada RM2.60 seliter pada bulan Julai. 

Harga kemudiannya meningkat kepada RM2.70 seliter pada bulan Ogos.

 Harga runcit petrol RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus' di mana harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: