Kisah Blogger Yasmin Hunwick Menyentuh Hati Masyarakat


Tidak sangka kisah Arwah Yasmin yang penulis tulis semalam mendapat perhatian seluruh masyarakat.

 Baguslah, sekurang-kurangnya anda menginsafi dengan apa yang terjadi. Sesungguhnya ajal dan maut di tangan Tuhan dan tiada siapa mampu menjadi penghalang kepada rancangan Yang Maha Kuasa.

 Namun, masih ada lagi mereka yang di luar sana memberi pandangan buruk. Sesungguhnya tidak terlintas langsung di hati penulis untuk mengaibkan seseorang itu lebih-lebih lagi jika mereka sudah tiada.

 Penulis sekadar berkongsi pengajaran dan tidak ada salahnya jika kita mengingati mereka yang dah pergi.

 Sekurang-kurangnya kita boleh mengambil ikhtibar daripada perkara yang berlaku kepada arwah Yasmin.

 Pepatah ada mengatakan lebih baik mencegah daripada merawat. Insyallah… Jika kita lebih berhati-hati nescaya kita dapat mengelakkan sebarang malapetaka.

 Jadikan kisah ini sebagai pengajaran buat kita semua. Tidak ada salahnya jika kita menjadikan sesuatu perkara itu sebagai panduan demi untuk kehidupan yang lebih baik.


-Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN(Mynewshub)

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: