LEGOLAND Halang Pengambilan Gambar Keretapi Terkeluar Dari Landasan,Kini Tersebar

Gambar keretapi mini atau dikenali sebagai Express Legoland telah terkeluar daripada landasan pada hari Khamis lalu.

Kejadian ini berjaya diambil gambar oleh seorang pelancong dan kemudian telah diarahkan membuang gambar itu.

 Pelancong Singapura yang menggunakan nama samaran GeneralStomp, memberitahu seorang staf Legoland, pusat tarikan pelancong terbaru di Johor Bahru, supaya memadam gambar-gambar kereta api tergelincir itu.

 Kereta api mainan itu adalah salah satu daripada 40 permainan di dalam tujuh tema dalam pusat permainan itu.

Taman tema ini dijadualkan dibuka secara rasmi pada 15 September ini.

 "Saya berharap permainan itu akan berjaya dibaik pulih dan tiada masalah," kata GeneralStomp, yang sempat bermain dengan keretapi tersebut sebelum ia tergelincir.

 "Pihak keselamatan juga menghalang saya daripada mengambil gambar dan mahu saya untuk memadamnya, malah mereka turut menakut-nakutkan saya.

" Bagaimanapun dia memutuskan untuk berkongsi gambar tersebut di laman tempatan untuk "semua pihak supaya mengambil perhatian yang penting terhadap faktor tentang orang ramai".

 "Keinginan mereka untuk menutup kerosakan ini kepada pengetahuan masyarakat luar membuatkan saya semakin ingin berkongsikannya."

 "Ini bukan caranya dengan mengugut pelanggan," katanya.

 Walau bagaimanapun, GeneralStomp tetap berpuas hati dengan aspek-aspek lain dalam taman tema ini.

Beliau berkata ia adalah "baik secara keseluruhannya".

 Dalam satu kenyataan rasmi, Chris Palmer, Pengarah Operasi di Legoland Malaysia berkata: "Keselamatan adalah menjadi keutamaan kami di Legoland.

 Terdapat satu insiden pada hari Khamis lalu melibatkan Legoland Express yang terkeluar landasan. Tiada sesiapa yang tercedera kejadian itu dan isu ini telah diselesaikan."

 "Kami beroperasi mematuhi dengan kepiawaian keselamatan Legoland antarabangsa.

 "Taman ini belum dibuka kepada orang ramai." Legoland Malaysia adalah yang keenam seumpamanya dan ketiga terbesar di dunia selepas Florida dan Jerman.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: