Ustazah Sharifah Khasif kini bergelar isteri kepada Dato' Seri


Tahniah diucapkan kepada Ustazah Sharifah Khasif Fadzilah kerana selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Dato' Seri Mohamad Hizal.

Kini beliau  bergelar Datin Seri Sharifah Khasif.

Mungkin ramai yang kurang mengenali Sharifah Khasif, tetapi dia agak popular selepas muncul naib juara Akademi Al-Quran musim ketiga di TV9 dan juga juara pertandingan musabaqah peringkat Kebangsaan.

Haryati Mohd Taha:
 Assalamualaikum wr wb. Saya, Haryati Mohd Taha sebagai pengurus bg pihak Ustazah Sharifah Khasif ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kpd semua yg telah meraikan majlis pernikahan dan resepsi Ustazah Sh Khasif pd 7 Sep 2012 (Jumaat) di Royal Golf Club, Ipoh, Perak. Kami juga memohon maaf kpd yg tidak menerima undangan @ tdk sempat kami maklumkan krn kesuntukan masa dan tempat yg agak terhad. Justeru itu, tdk timbul isu nikah sembunyi2 dsb seperti yg diada-adakan oleh sesetengah pihak. Ustazah memilih utk tak nak share hal peribadi dan mohon jasa baik utk menghormati prinsipnya….


Sharifah Khasif juga pernah mengendalikan rancangan Akademi Al-Quran musim keempat dan Kalam Suci sebagai pengacara.

Bertuah suaminya memperisterikan Sharifah yang bukan saja cantik tetapi tinggi pengetahuan agama. Semoga rumahtangga mereka dilimpahi rahmat.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

11 comments: