Video PSY: Gangnam Style telah ditonton lebih 200 juta,PSY ucap terimakasih kepada peminat

PSY (kanan) menari tarian kuda ketika dia membuat persembahan untuk program televisyen 
Today di New York pada 14 September lalu

 SEOUL - Artis rap terkenal Korea Selatan, Psy semalam mengucapkan terima kasih kerana muzik video Gangnam Style telah ditonton lebih 200 juta kali di YouTube.

 Lagu itu turut mengungguli carta muzik iTunes di Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu.

 "Mendapat 200 juta tontonan, terima kasih semua," kata Psy di laman Twitternya.

 Populariti Psy melonjak selepas muzik videonya yang menampilkan dia menari tarian kuda dimuat naik pada Julai lalu.

 Penyanyi berusia 34 tahun itu baru-baru ini membuat persembahan pada Anugerah Muzik Video MTV dan diundang menghadiri beberapa rancangan bual bicara di AS.

 Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang turut menandatangani kontrak dengan syarikat pengurusan yang turut menguruskan bintang pop remaja, Justin Bieber ekoran populariti tarian kudanya.

 Muzik video Baby oleh Bieber, 18, kini ditonton hampir 800 juta kali di YouTube. - Agensi

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: