Black Mentor Nafi Bersekedudukan Dengan Kekasih


“Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar.

Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

 Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan.

 Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.

 Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik.

Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh.

Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas.

Saya sanggup bergaduh kalau soal agama,” ujar Black meluahkan rasa tidak puas hati terhadap gosip bersekedudukan yang dikaitkan dengan dirinya baru-baru ini.

 Dalam masa yang sama, Black juga memberitahu tentang status terkini hubungannya dengan teman wanitanya itu.

Jelas Black, kini mereka hanya berkawan dan tidak ada sebarang komitmen.

 “Sekarang ini, saya dan wanita itu hanya berkawan. Tidak ada sebarang hubungan serius.

Saya pun tidak mahu komen banyak-banyak pasal teman wanita. Cukuplah saya katakan, kini saya berkawan dengan ramai orang, “ ujar Black mengakhiri perbualan.

Sumber:www.limauais.com


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: