GAMBAR: Kekasih baru Safee Sali,bukan Julia Hana sebenarnya

Kecoh sekarang ni di internet tentang gosip kekasih baru Safee Sali.

Baru-baru ini Safee Sali dikatakan keluar bersama pelakon Remp-it iaitu Julia Hana, namun pengurus peribadi Safee Sali, Zakaria menafikan gosip tersebut.

 Ekoran gosip tersebut telah tersebar, Safee Sali sendiri telah membuat kenyataan bahawa beliau tidak pernah kenal siapakah Julia Hana.

Menurut Safee lagi, beliau kini mengaku bahawa sudah mempunyai kekasih baru.

 Sehubungan itu, beberapa jam yang lalu sebuah portal hiburan terkenal tanah air iaitu Rotikaya telah mengeluarkan dua gambar kelibat Safee Sali bersama seorang perempuan yang dikatakan kekasih baru beliau.


Gambar yang memperlihatkan susuk tubuh Safee Sali itu dipercayai diambil di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.

 Menurut laporan itu lagi, ianya memang jelas kelibat penyerang Pelita Jaya, Safee Sali. Dilihat kemesraan dan berjalan berpimpinan.


Walaupun dalam kesibukan, Safee berkata dia tidak pernah  mengabaikan dua anaknya, Nur Syaza Syaqina, 4, dan Nur Syasya Sofirna, 2, iaitu hasil perkongsian hidupnya bersama bekas isteri, Sabrina Yusof.

 Fitrah sebagai seorang lelaki, pastinya memerlukan seorang wanita, memandangkan idola dan ikon kesayangan ramai rakyat Malaysia itu kini berstatus ‘single’, maka ianya bukan menjadi satu kesalahan, demikian kita doakan kerjayanya terus bersinar seiring dengan kebahagiaannya sekaligus mengharumkan lagi nama negara kelak.

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: