GOSIP PANAS: Safee Sali bercinta dengan Julia Hana?

Asyik dengar gossip Khairul Fahmi Che Mat bosan juga jadinya kita ada seorang lagi pemain bola sepak yang berpotensi untuk jadi bahan gosip sejak beliau bergelar duda.

 Seorang penggiat forum Cari menulis yang khabarnya Safee Sali dan Julia Hana telah dilihat keluar bersama di Pulau Langkawi baru baru ini. 

Siapa Julia Hana anda tanya?

Nama beliau mungkin tenggelam sedikit sekarang ini namun aktress ini paling kami ingat adalah watak beliau dalam filem Remp-It yang terbit sekitar tahun 2006 lalu.

Safee Sali dan Julia Hana dilihat beratur bersama di Langkawi Cable Car dan lagak mereka berpegangan tangan menguatkan andaian yang pasangan ini sedang bercinta.

 Kalau benar pun pasangan ini bercinta, tiada salahnya kerana setahu kami masing masing kini sedang solo. Jangan pula mahu menyorok seperti pasangan satu lagi itu.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: