Kelantan juara Piala Malaysia: Nik Aziz, Zahid antara ucap tahniah

SHAH ALAM – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan “The Red Warriors” kerana berjaya menjuarai Piala Malaysia edisi 2012 untuk kali kedua, sekali gus mencatatkan rekod treble, di Stadium Shah Alam malam tadi.

 Ucapan tahniah itu disampaikan menerusi akaun Twitter media sosialnya sambil menyifatkan kemenangan ini menjadi kebanggaan rakyat Kelantan.

 “Kepada para penyokong, raikan kemenangan ini dengan seadanya, dan berhati-hati di jalan raya untuk pulang ke kampung halaman.

Kepada pasukan ATM, tahniah kerana berjuang hingga ke tiupan wisel yang terakhir,” kata beliau yang juga Mursyidul Am Pas.

 Tidak ketinggalan beberapa pemimpin lain turut merakamkan ucapan tahniah di akaun Twitter masing-masing.

 Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, “seluruh rakyat Kelantan bangga dengan wira-wira kita.TRW sungguh hebat!”

 Biarpun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tewas di tangan Kelantan, namun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memberi ucapan sambil berkata, “tahniah pasukan dan penyokong Kelantan di atas kemenangan Piala Malaysia, semangat yang hebat dan terbaik buat seluruh penyokong dan pasukan ATM #goatm syabas semuanya.”

 Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah pula berkata, “malam indah untuk Reds. Kelantan & #YNWA #LFC menang!”

 Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa Ali Hamsa pula berkata, “tahniah Kelantan dengan kemenangan 'treble'. Tahniah juga kepada@LFC dengan kemenangan meraih 3 mata.

” Ketua Pemuda Umno dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula berkata “saya kagum dgn komitmen Annuar Musa kepada bola sepak. Walau apa pun rintangan beliau biar prestasi team Kelantan 'menjawab' segalanya. Tabik.”

 Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook dengan ringkas beliau berkata, “tahniah Kelantan!!”

Tidak ketinggalan artis tempatan, Abby Abadi sambil berkata “Kelantann menang!! YeayyyyyyYyy!!Jangan jelesss!! Yeeayyyyyy!!”

 Juara Akademi Fantasia dan penyanyi terkenal Mawi berkata, “orang Malaysia score aku suka, akhirnya Indera Putera!”

Credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: