KISAH BENAR: Pengalaman Yatt sehingga membuat beliau lakukan perubahan,pakai tudung


Kisah benar seorang pelakon Yatt Hamzah yang kembali kepada ajaran Islam setelah mendapat  petunjuk dari ALLAH dalam solat taubatnya..

 Beliau mendapat hidayah Allah tatkala menghadiri usrah pada 5 April 2012.

Dalam pada masa yang sama timbul keinsafan dalam dirinya yang TIDAK MENUTUP AURAT dan SOLAT YANG TIDAK CUKUP..

 Lalu petang itu beliau telah menunaikan solat taubat dan apa yang luar biasa adalah dahinya tidak mampu diangkat dalam sujud terakhirnya selama lebih kurang 30 minit..

Didalam sujud bersama tangisan itu beliau diperlihatkan ALLAH akan azab yang diterima oleh WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT..

 “Setibanya di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”

 Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

 Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

 “Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.” “Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”

 Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

 Petikan Harian Metro..

 Alhamdulillah.. 

Sejahil dan sejahat manapun kita ALLAH tetap SAYANG pada kita.. 

Berusahalah untuk berubah.. Untuk  Yatt ,beliau telah diberikan hidayah oleh ALLAH.. 

Andai kalian merasakan sesuatu setelah membaca kisah ini.. Itulah petunjuk dari ALLAH untuk kalian berubah :)

 *Semua orang pernah buat silap.. Tapi silap yang terbesar adalah tidak sempat bertaubat sebelum kematian menjemput.

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: