RM2 juta untuk Gangnam Style beraksi di Malaysia?

Jika ditanya tarian yang mencetus fenomena ketika ini, sudah tentu jawapannya ialah Oppa Gangnam Style yang dicetuskan penyanyi Korea, PSY.

 Demam tarian kuda itu sudah menular ke Malaysia sehingga ada ura-ura penganjur sebuah karnival ingin membawa PSY ke sini.

 Menurut laporan sebuah portal online, bayaran dikenakan untuk PSY menari Gangnam Style mencecah RM2 juta!

 Betapa hebatnya penangan penyanyi yang satu ini.

Jika benar PSY dibawa ke sini dengan bayaran sedemikian, rasanya mungkin ramai penggiat seni tanah air akan tidak senang duduk.[SH]

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: