Barbara Palvin Nafi Bercinta Dengan Justin Bieber

Foto ini telah dimuat naik oleh Barbara di Twitter. 

SELEPAS putus cinta dengan Selena Gomez, Justin Bieber dikhabarkan pula menjalinkan hubungan cinta dengan model pakaian dalam jenama Victoria's Secret.

 Bagaimanapun, menurut laporan Dailymail, Barbara menafikan khabar angin itu dan menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Justin.

 "Hei semua...bertenang semua! Dia milik kamu!," katanya di Twitter.

 Keakraban Justin dengan Barbara membuatkan para peminatnya bengang. Lebih-lebih lagi selepas Barbara memuat naik fotonya bersama penyanyi berusia 18 tahun itu di Twitter.

 Justin dan Selena telah memutuskan hubungan mereka pada akhir Oktober lalu. Namun, apabila meminta Justin memberikan komen, katanya dia masih belum yakin dengan hubungan yang baru terlerai itu
Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

1 comments: