GEMPAR: Gadis 14 tahun urus sarang pelacuran

Polis semalam menahan seorang gadis berusia 14 tahun yang menguruskan satu sindiket pelacuran di sebuah motel di wilayah Samut Perakan.

 Pihak berkuasa yang menerima aduan daripada orang ramai, melancarkan operasi di daerah Bang Phli, kata Ketua Bahagian Antipemerdagangan manusia, Chavalit Sawaengphuet.

 Menurutnya, pegawai yang menyamar sebagai pelanggan, cuba mendapatkan khidmat seks daripada gadis itu.

 Gadis berkenaan mengenakan bayaran 2,000 baht (RM200) untuk dua pelacur muda berusia 14 dan 16 tahun.

 Ketiga-tiga gadis itu kemudian ditahan di luar motel itu.

 Gadis berkenaan memberitahu polis, dia biasanya memperoleh upah 500 baht (RM50) daripada setiap gadis yang dikenalkannya kepada pelanggan. - BP

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: