INFO SIHAT: Buah Kiwi Mampu Cegah Penyakit Nyanyuk

Walaupun mungkin ramai yang tidak menggemari buah kiwi kerana rasanya yang agak masam, namun tahniah kepada mereka yang sememangnya menggemari buah kiwi.

 Buah Kiwi bukan sahaja sedap (bagi mereka yang menggemari) malahan mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi khasnya kepada mereka yang menghidap penyakit Parkinson dan Alzheimer.

 Buah kiwi atau dalam bahasa saintifiknya ialah Actinidia Deliciosa merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan dapat membantu mendapatkan tubuh yang sihat.

 Vitamin C 

Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungimu dari terdedah kepada ancaman radikal penyakit , seperti barah dan sakit jantung.

Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mencegah daripada penyakit Parkinson dan Alzheimer. 

 Mata sihat 

Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat membantumu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan Vitamin A.

Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang merosakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan kepada golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

 Penghadaman protein

Buah kiwi dapat membantu dalam penghadaman protein tubuhmu. Kamu perlu tahu bahawa penghadaman protein yang tidak baik boleh menyebabkan pengeluaran toksin dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti pertambahan berat badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: