KOLEKSI RESIPI: Meehoon Sup Bebola Daging


Bahan untuk bebola daging: 

-600g daging cincang
-70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
-50 g tepung jagung
-1/2 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu besar sos tiram
-1 sudu besar minyak bijan
-1 sudu besar serbuk lada sulah
-¾ sudu kecil garam

Cara membuat: 

-Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati..
-Bulat-bulatkan mengikut size yg sesuai.
-Ketepikan

Bahan untuk kuah;

-2½ liter air
-1 ketul kiub pati daging
-2 sudu kecil kicap cair
-4 ulas bawang putih }dicincang halus
-½ sudu kecil serbuk lada sulah
-1 sudu besar minyak masak
-garam secukup rasa
-2 batang celery } dihiris nipis
-2 tangkai daun bawang }dihiris
-3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
-sedikit bawang goreng
-1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat

Cara membuat: 

- Panaskan minyak masak.
-Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan.
-Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.
-Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.
-Setelah daging terapung masukkan celery.

Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon , daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan sambal kicap. Tuangkan sup dan bebola daging atasnya. Hidangkan panas-panas.


Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner

0 comments: